Daftar pemilih Permatang Pauh (kawasan persekutuan)

Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi pada pilihan raya kecil ini. Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai2008. Pengundi mengikut pecahan kaum adalah majoritinya adalah pengundi berbangsa Melayu menurun dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa India kekal hanya 5.7 % manakala lain-lain meningkat hingga mencapai 0.1 %.

Pada pilihan raya umum Malaysia pada Mac 2008 telah menyaksikan bahawa peratusan pengundi adalah sama. Namun jika dilihat kepada pilihan raya umum Malaysia 2004, undi Melayu adalah 67.60%, Cina sebanyak 26.30%, India pula adalah 5.7% dan yang lain adalah 0.3%.[2]